POPIA SATAR BY CIKMIWA

Hai,assalamualaikum.
Selamat malam semua. Mata ni masih takboleh terlelap, kepala ni asyik terfikir je macam macam benda... 

Taktahu lah apa yang difikirkan. Sejak sejak kita semua rakyat malaysia kena perintah kawalan pergerakkan,memang tak kemana. Lepak jelah rumah, tv, makan, tidur, masak, mengemas semua. Daripada duk tidur je, maun kena rembat dgn puan besar hahaha....

Okay siang tadi, teringin nak makan popia satar. Terus tgok kedapur ade ke tak bahan nye kan. Alhamdulillah ada ikan, kira oklah kan. Panggil adik yang bujang tu gi kedai aceh tu jap beli kelapa dari asyik duk ngadap game je bawak bawak lah kedai beli barang hahaha.. 

Okay bahan pun dah siap depan mata, apa lagi, mari lah beraksi didapur! 

Okay ni resepi dia. 

  • Ikan kembung (terpulang kpd masing2)
  • Kelapa parut
  • Cili api  
  • Lemon 
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Serai
  • Bawang merah.       
  • Halia.     
  • Kulit popia
      Bahan yang perlu ditumbuk/direbus

  • Halia (sedikit sahaja)
  • Bawang merah (sebiji) 
  • Serai (2 batang) 
  • Ikan (rebus dahulu) 

Okay seterusnya...... 

  • Buang tulang pada ikan yang direbus tadi
  • Sediakan mangkuk. 
  • Masukkan bahan yang ditumbuk (bawang merah, halia, serai) 
  • Masukkan ikan (hancur kan dahulu) 
  • Masukkan kelapa parut (agak agak, tengok ikan anda banyak mana)
  • Masukkan garam, gula, ajinamoto
  • Gaul semuanya, dan masukkan sedikit perahan lemon (dalam 1 sudu teh) 
  • Okay, seterusnya, panaskan kuali.
  • Masukkan bahan yang dah siap digaulkan tadi ke dalam kuali. 
  • Sangai seketika. Siap, angkat! 
Okay seterusnya kita sediakan kulit popia. 

  • Tarik sehelai, masukkan inti tadi, dan balut macam biasa buat popia sayur. 
  • Ulang step sampai inti habis.
  • Boleh simpan dalam freeze untuk tahan lama.
  • Kalau nak goreng terus makan untuk minun petang pun boleh heheh
  • Maaf takde gambat, sebab tak sempat nak ambik. Next time kalau ada, miwa upload ok. 
SELAMAT MENCUBA! 


Comments